• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Pertama Puteri Ke-5 Pemangku Sultan Johor 

oleh Mohd Arshad
07/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Gambar Pertama Puteri Ke-5 Pemangku Sultan Johor 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Keluarga Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian rakyat apabila berkongsi gambar pertama puteri kelima yang baru dilahirkan, Ahad lepas.

Gambar berkenaan dimuat di media sosial Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda.

Perkongsian tersebut memaparkan momen penuh kasih sayang apabila seluruh ahli keluarga dilihat mengelilingi bayi kecil itu.

Para adinda lain kelihatan teruja dan lembut memegang si kecil.

Pasangan diraja berkenaan dilihat tidak lekang dengan senyuman, jelas terpancar rasa syukur dan kebahagiaan atas kehadiran cahaya mata terbaru mereka.

Difahamkan, bayi perempuan tersebut selamat dilahirkan dalam keadaan sihat, sekali gus menambah lagi seri keluarga Tunku Mahkota Johor yang sememangnya sering menjadi perhatian rakyat.

Perkongsian gambar itu pantas tular di media sosial dengan ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen.

Rata-rata netizen mendoakan agar anak kelima keluarga diraja ini membesar dengan sihat dan terus membawa kebahagiaan kepada kedua ibu bapanya.

Terdahulu, keluarga ini dikenali dengan sifat mesra rakyat dan sering berkongsi detik kehidupan mereka, menjadikan setiap perkembangan sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Tahniah diucapkan! Semoga kehadiran puteri kecil ini membawa keberkatan berpanjangan buat keluarga Pemangku Sultan Johor.-MYNEWSHUB

Tags: Bangsa JohorTMJ
Share1057Tweet661SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

26/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap sikap saling membantu dan menghormati terus menjadi budaya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd