• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkuat Kuasa 13 Mei

oleh Mynewshub
25/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkuat Kuasa 13 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima kepimpinan baharu apabila Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini.

Beliau bakal menggantikan nama Tan Sri Azam Baki yang bakal menamatkan kontraknya pada pertengahan Mei ini.

Abdul Halim sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang berpengalaman luas mengendalikan kes berprofil tinggi berkenaan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus.

“Meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya.

Terdahulu, Shamsul Azri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Abdul Halim AmanKetua Pesuruhjaya baharuSPRMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaTan Sri Azam Baki
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd