• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin Sudah Tidak Layak Jadi MB Negeri Sembilan?

oleh Mynewshub
21/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aminuddin Sudah Tidak Layak Jadi MB Negeri Sembilan?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam satu kenyataan bersama mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sudah tidak layak menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan sudah selayaknya diturunkan.

Menerusi kenyataan itu, mereka menafikan kenyataan media Menteri Besar Negeri Sembilan pada 17 Mei lalu berkenaan nasihat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berkaitan pemecatan Undang Luak Sungei Ujong.

“Kami juga yakin dan percaya bahawa kanyataan Menteri Besar tersebut adalah tidak relevan dan merupakan satu pembohongan.

“Ahli-ahli Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang hadir pada hari tersebut tidak pernah mencapai sebarang keputusan secara kolektif dan kebulatan (unanimous) dalam sidang khas tersebut,” dakwa kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak bin Thahak; Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Maarof bin Haji Mat Rashad; Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammed bin Haji Abdullah; Undang Luak Rembau, Dato’ Sedia Raja Haji Abdul Rahim bin Haji Yasin serta Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Dalam kenyataan sama, kesemua mereka menyatakan sokongan terhadap pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta menzahirkan sokongan kepada pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Luak Sungei Ujong pada 19 April lalu.

“Dengan yang sedemikian, kami amat menyokong penuh dan menzahirkan persetujuan dengan pengisytiharan menurunkan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dan menzahirkan Dirgahayu Tuanku di atas Pemasyhuran DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra Dato’ Mubarak Bin Thahak, Undang Luak Sungai Ujong pada 19 April 2026.

“Kami juga mensabdakan seterusnya bahawa, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Dato’ Seri Utama Aminuddin Bin Harun adalah TIDAK LAYAK untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan selayaknya diturunkan,” kata mereka.- MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Aminuddin HarunMenteri Besar Negeri SembilanSelayaknya diturunkanTidak layakUndang Yang Empat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd