• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

URA Ibarat Harimau Bersembunyi Menunggu Masa Untuk Menerkam – Iskandar

oleh AK-47
14/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
URA Ibarat Harimau Bersembunyi Menunggu Masa Untuk Menerkam – Iskandar
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mendakwa penangguhan pelaksanaan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) tidak bermakna cadangan itu telah dibatalkan sepenuhnya.

Menurut beliau, keadaan itu diibaratkan seperti ‘ancaman’ yang masih menunggu masa untuk dilaksanakan.

“Kerajaan masih belum membatalkan hasrat untuk memperkenalkan URA, tetapi hanya sekadar menangguhkan. Ia bagai pedang yang digantung di atas kepala kita. Tali boleh putus bila-bila masa.

“Begitu juga dengan URA. Ia bagai harimau cedera yang bersembunyi menunggu mangsa dan akan menerkam pada bila-bila masa,” dakwanya menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini.

Iskandar mendakwa, kerajaan mempunyai strategi mendapatkan sokongan terhadap URA termasuk membawa penduduk rumah pangsa kos rendah ke Parlimen bagi menunjukkan penerimaan terhadap URA.

Dakwa beliau, pihak yang cuba menggerakkan bantahan terhadap cadangan tersebut khususnya dalam kalangan penduduk rumah kos rendah pula berdepan beberapa cabaran.

Beliau mendakwa, antara cabaran kerana janji mendapat kediaman bagaikan kondominium mewah lebih penting dari retorika ‘Melayu hilang kuasa’

Justeru, katanya, usaha mendekati komuniti berpendapatan rendah untuk membantah URA memerlukan perhatian serius pihak terlibat.

“Saya tidak menyalahkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) kerana saya memahami kebanyakan wakil-wakil rakyat mereka adalah dari Pantai Timur dan Utara di mana tidak banyak flat kos rendah yang bermasalah,” katanya.

Sehubungan itu, Iskandar menegaskan hati penduduk rumah kos rendah perlu dimenangi sekiranya gerakan membantah URA mahu mencapai kejayaan.

Menurutnya, kekurangan sokongan kewangan terhadap program kebajikan di kawasan tersebut juga membuka ruang kepada pihak lain untuk mengisi kelompongan yang wujud dengan agenda tertentu.

“Walaupun saya bukan Nujum Pak Belalang, saya nampak di mana semua ini akan berakhir,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Iskandar Abdul Samad

Tags: URA
Share224Tweet140SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd