• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Trend Joget Duit Raya?’ – Mufti Tegur Unsur Al-Takathur Dalam Masyarakat

oleh AK-47
23/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Trend Joget Duit Raya?’ – Mufti Tegur Unsur Al-Takathur Dalam Masyarakat
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegur trend berjoget bagi menyambut Aidilfitri yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan umat Islam negara ini.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau menyifatkan fenomena tersebut sebagai antara contoh bagaimana konsep Al-Takathur (bermegah-megah atau berlumba-lumba) telah meresap dalam kehidupan seharian.

“Konsep Al Takathur meresap di dalam banyak kehidupan, antaranya berjoget di dalam duit raya, masing-masing berlumba untuk menunjukkan joget masing-masing.

“Saya tidak mahu mengulas dari aspek halal dan haram. Cuma persoalannya apakah maqsad dan impak daripada berlumba-lumba di dalam tarian dan joget yang tidak membina kesihatan atau reputasi yang baik,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fauwaz berkongsi pengalaman sepanjang menjadi mufti, termasuk berdepan pelbagai kecaman daripada masyarakat.

“Di antara pengalaman menarik ketika menjadi mufti adalah melihat caci maki yang pelbagai daripada pelbagai pihak.

“Namun ia mengajar saya menjadi kuat dan dapat memahami perasaan mental sebahagian masyarakat tidak sihat, dalam masa yang membimbangkan saya tahap jiwa mereka yang problem,” ujarnya.

Tambah beliau, didikan daripada al-Quran menjadikannya sentiasa memilih untuk memaafkan individu yang melemparkan kata-kata kesat, walaupun tanpa permohonan maaf.

“Alhamdulillah saya diajar oleh al-Quran sentiasa memaafkan orang yang memaki walaupun mereka tidak memohon maaf kerana saya sayangkan umat Islam.

“Musuh saya adalah mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya. Saya sentiasa sedekahkan segala cercaan pelbagai pihak kepada saya walaupun orang pernah dekat dengan saya kerana ia adalah asam garam di dalam menerangkan kebenaran ilmu,” katanya lagi.

Menurutnya, segala kritikan yang diterima turut menjadi pemangkin untuk beliau terus memperkukuh penulisan dan penyampaian ilmu kepada masyarakat.

“Alhamdulillah segala cercaan dapat menjadikan saya lebih kuat membaca dan menulis agar ilmu dapat disebar kepada masyarakat.

“Sentiasa terus bekerja untuk umat dan negara agar mendapat pahala yang besar di sisi Allah Taala dan dapat bersama dengan Saidina Baginda Nabi di sana. Jom maafkan orang,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fauwaz Fadzil

Share201Tweet126SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd