• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumber Dedah Khamenei Enggan Dipindahkan Ke Lokasi Selamat  

oleh Mohd Arshad
03/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sumber Dedah Khamenei Enggan Dipindahkan Ke Lokasi Selamat  
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh MYNEWSHUB 

TEHRAN – Tular di media sosial dakwaan berhubung pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) tidak melindunginya.

Menjawab persoalan tersebut, wakil beliau, Dr. Abdul Majid Hakeem Ilahi mendakwa Khamenei enggan dipindahkan ke lokasi lebih selamat walaupun diminta berbuat demikian beberapa kali oleh pasukan keselamatan.

Menurutnya, ketika kejadian, Khamenei berada di pejabatnya dan menolak cadangan untuk berpindah ke bandar lain demi keselamatan diri.

“Ayatollah Khamenei berada di pejabatnya dan beberapa kali pihak keselamatan memintanya berpindah dari pejabat ke bandar lain, namun beliau enggan.

“Beliau berkata, jika kamu boleh memindahkan 90 juta rakyat Iran ke bandar lain, maka saya akan berpindah selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, pihak keselamatan turut menawarkan perlindungan di ruang bawah tanah (bunker), namun cadangan itu juga ditolak.

“Mereka berkata, kami akan sediakan ruang bawah tanah untuk keselamatan anda, tetapi beliau menjawab, jika kamu boleh menyediakan dan membina ruang bawah tanah untuk semua rakyat Iran, barulah saya akan turun,” jelasnya.

Abdul Majid mendakwa Khamenei kekal berada di pejabat dan kediamannya sebelum diserang pada waktu pagi oleh pesawat yang didakwa milik “rejim Zionis dan Amerika”.

“Beliau kekal di pejabatnya, di rumahnya, dan pada waktu pagi pesawat rejim Zionis dan Amerika menyerang pejabatnya. Beliau, isterinya, menantunya dan beberapa anak saudaranya meninggal dunia,” dakwanya.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa Iran berhubung pendedahan tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: IranIsrael
Share228Tweet143SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd