KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menurunkan kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada hanya 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan pendekatan bersasar bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.
“Kita meneliti apakah penggunaan BUDI95 ini mencukupi. Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter.
“Maknanya majoriti rakyat guna hanya 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang dari 200 liter sebulan, maka tidak terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perutusan khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Anwar berkata, langkah itu bersifat sementara menunggu keadaan minyak, bekalan minyak dan ekonomi dunia pulih walau belum ada tanda-tanda ke arah itu. – MYNEWSHUB


