• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Cikgu Chandra Diserang Kerana Perasaan Terguris, Tiada Elemen Kongsi Gelap

oleh AK-47
16/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rumah Cikgu Chandra Diserang Kerana Perasaan Terguris, Tiada Elemen Kongsi Gelap
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Perbuatan khianat dan ugutan jenayah terhadap aktivis, Cikgu Chandra, 47, di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong pada 10 dan 11 Mac lalu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati serta perasaan terguris, bukannya melibatkan unsur kongsi gelap.

Memetik laporan media, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, polis namun telah menahan 12 suspek termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun sejak 12 Mac lalu bagi membantu siasatan.

“Seramai tujuh suspek dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kejadian dan masih direman bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati selain perasaan terguris terhadap mangsa,” katanya pada satu sidang media di Shah Alam, Selangor hari ini.

Shazeli dilaporkan sebagai berkata, polis turut menahan individu yang dipercayai sebagai dalang utama kejadian, manakala wanita yang ditahan merupakan isteri kepada salah seorang suspek.

Lima suspek termasuk wanita berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala siasatan diteruskan mengikut Seksyen 427, Seksyen 506 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Shazeli turut dilaporkan memaklumkan, tujuh suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dalam operasi tersebut, polis merampas tiga buah kereta iaitu Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera, selain dua motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha Y16 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Polis kini sedang mengesan tiga lagi suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun yang masih bebas bagi melengkapkan siasatan.

“Kita percaya kedua-dua kejadian ini berjaya diselesaikan hasil tangkapan yang dibuat setakat ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Cikgu Chandra
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Sedang Jaga Keselamatan Cikgu Chandra Dan Keluarga – Firdaus Wong

Polis Sedang Jaga Keselamatan Cikgu Chandra Dan Keluarga – Firdaus Wong

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan bahawa pihak polis kini mengawal kawasan sekitar rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd