• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancangan “The Tonight Show Starring Jimmy Fallon’ Persenda Donald Trump 

oleh Mohd Arshad
03/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rancangan “The Tonight Show Starring Jimmy Fallon’ Persenda Donald Trump 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Rancangan bual bicara popular Amerika Syarikat (AS), The Tonight Show Starring Jimmy Fallon mencuri perhatian apabila mempersendakan Presiden AS, Donald Trump berikutan serangan ke atas Iran dalam satu segmen komedi terbaru.

Dalam sketsa tersebut, pengacara televisyen, pelawak dan pelakon terkenal AS, Jimmy Fallon melakonkan sesi temu bual rekaan bersama Trump dengan jawapan-jawapan yang sengaja digambarkan tidak masuk akal dan tidak serius.

Ketika ditanya apakah yang terlintas di fikirannya sebelum membuat keputusan penting itu, watak Trump dalam sketsa berkenaan hanya menjawab secara rawak:

“Bing, bing, bong, bong, bing, bing, bing.”

Lebih mencuit hati, apabila diajukan soalan sama ada mempunyai perancangan susulan selepas memulakan situasi tersebut, jawapan yang diberikan hanyalah:

“Tidak pun sedikit.”

Dalam satu lagi babak, apabila ditanya apakah sasaran yang paling mahu dihancurkan, watak itu secara berseloroh menjawab:

“Epstein Files.” (Fail kes jenayah seks melibatkan ahli kewangan Jeffrey Epstein)

Sketsa itu turut menyindir isu perlembagaan apabila Fallon bertanya sama ada beliau mendapatkan kelulusan Kongres sebelum melancarkan serangan.

Jawapan yang diberikan: “Tidak, tidak, tidak, tidak.”

Malah, apabila disentuh tentang hasrat memenangi Hadiah Keamanan Nobel, watak Trump menjawab penuh yakin:

“Oh, ya, ya, ya, ya.”

Segmen tersebut menjadi semakin absurd apabila soalan tentang siapa yang patut “menguruskan Iran” dijawab dengan nama penyanyi rap terkenal, Nicki Minaj.

Lokasi perintah serangan yang kononnya dibuat dari Mar-a-Lago turut dijadikan bahan jenaka, dengan rujukan kepada rangkaian makanan segera seperti Burger King, Wendy’s dan McDonald’s.

Sebelum Ini, terdapat beberapa foto lama yang memaparkan Trump bersama Epstein dan beberapa individu lain di majlis sosial termasuk di kelab Mar-a-Lago. – MYNEWSHUB

Tags: Donald TrumpIranIsrael
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd