• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Perdana Menteri Terbaik Malaysia, Kepimpinan Selari Ajaran Islam – Dr. Ismail

oleh AK-47
18/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Perdana Menteri Terbaik Malaysia, Kepimpinan Selari Ajaran Islam – Dr. Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Ismail Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri terbaik Malaysia.

Menurut beliau, kepimpinan Anwar disifatkan sebagai berakhlak baik serta sentiasa menjaga tutur kata dalam setiap urusan pentadbiran negara.

Kata beliau, Perdana Menteri juga dikenali dengan pendekatan bahasa yang lembut selain sentiasa berhati-hati dalam setiap percakapan.

Tambahnya, Anwar turut menunjukkan sifat kasih terhadap kanak-kanak serta komited bekerja keras dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

“Bekerja keras menjaga kebajikan rakyat. Bila berjanji ditunaikan. Mengurus baik kewangan negara. Menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Adil kepada semua negeri termasuk pembangkang. Rakyat Malaysia tidak lapar di bawah pemerintahan Anwar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dr. Ismail, turut menyifatkan kepimpinan Anwar selari dengan ajaran Islam yang menekankan nilai rahmah, hubungan silaturahim, memberi makan kepada yang memerlukan serta menghidupkan amalan ibadah.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Anwar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr. Ismail Salleh

Tags: PMX
Share230Tweet144SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd