• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, March 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan Tambahan Hasil Lonjakan Harga Minyak Tidak Patut Diserap Untuk Operasi Kerajaan

oleh Sifulan
26/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pendapatan Tambahan Hasil Lonjakan Harga Minyak Tidak Patut Diserap Untuk Operasi Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendapatan tambahan yang diperoleh Malaysia daripada lonjakan harga minyak global tidak patut diserap untuk perbelanjaan operasi kerajaan.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda Negeri Selangor. Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, pendapatan tambahan itu mesti disalurkan kembali kepada rakyat.

“Sebagai negara pengeksport minyak, Malaysia berpotensi meraih pendapatan tambahan daripada lonjakan harga minyak global.

“Dana kecemasan ini mesti diuruskan secara telus dan disalurkan kembali kepada rakyat khususnya B40, M40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas rantaian bekalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini menjelaskan mengenai kesan kenaikan harga minyak global.

Beliau dipetik berkata, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia berdepan kenaikan kos, tetapi pada masa sama memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada industri minyak.

Dalam pada itu, Ahmad Amzar berkata, kerajaan mesti menangguhkan serta-merta sebarang perancangan untuk menarik balik atau menyasarkan semula subsidi petrol RON95.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak dunia sudah cukup memberi tekanan kepada kos logistik import, maka sebarang kenaikan harga bahan api domestik pada waktu krisis akan mencetuskan inflasi yang tidak terkawal dan membebankan rakyat.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengaktifkan Mod Kecemasan Sekuriti Makanan susukan pergolakan di Timur Tengah mengancam laluan perkapalan dagang yang utama.

“Kerajaan mesti mengalihkan dana pelaburan strategik untuk mewujudkan stok penimbal makanan ruji, gandum dan baja pertanian untuk sekurang-kurangnya tiga hingga 6 bulan.

“Kita tidak boleh menunggu bekalan terputus baru langkah intervensi mahu difikirkan,” katanya.

Selain itu, beliau menyarankan kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Bipartisan Ekonomi kerana ini bukan masa untuk pergeseran politik, tetapi untuk menggembleng pakar strategik dari blok kerajaan dan pembangkang bagi mempertahankan kelangsungan fiskal negara.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersedialah dengan perancangan kewangan yang lebih berhemah. Sokonglah perniagaan dan rantaian bekalan tempatan. Ribut geopolitik ini menuntut kita semua untuk bersatu hati,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Pemuda PAS Selangor

Tags: Ahmad Amzarglobalharga minyakkosOperasi KerajaanPemuda PAS SelangorPendapatan tambahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga minyak mentah global tidak dapat dielakkan, namun Kerajaan Madani kekal komited melindungi rakyat daripada tekanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd