• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panggil Kerajaan Panggil Pembangkang, Api Perkauman Jangan Dibuat Main – Rafizi

oleh AK-47
26/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Panggil Kerajaan Panggil Pembangkang, Api Perkauman Jangan Dibuat Main – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan isu membabitkan kaum dan agama tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa kepimpinan politik yang tegas dan segera.

Menurut beliau, dalam situasi sensitif seperti ini, adalah tidak memadai untuk hanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan berharap keadaan akan reda dengan sendiri.

“Pada masa macam inilah kepimpinan politik paling penting,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Rafizi berpandangan, Perdana Menteri perlu tampil mengambil inisiatif dengan segera untuk meredakan keadaan sebelum ia menjadi lebih parah.

Beliau mencadangkan agar satu pertemuan segera diadakan melibatkan semua pimpinan kanan parti politik tanpa mengira kerajaan atau pembangkang.

“Kalau ada cetusan macam ini, panggil segera pimpinan kanan semua parti. Panggil kerajaan, panggil pembangkang, panggil PN, panggil UMNO, panggil PAS. Duduk semeja sebagai patriot. Buat pendirian bersama,” katanya.

Tambah beliau, selepas mencapai kata sepakat, semua pemimpin perlu kembali kepada penyokong masing-masing dan menyampaikan mesej yang sama agar tidak bermain dengan sentimen perkauman.

“Api perkauman jangan dibuat main. Bila api ini terbakar, dia bukan setakat rosakkan satu dua nyawa. Dia rosakkan kestabilan negara, keyakinan dan keamanan yang selama ini kita ambil mudah,” tegasnya.

Rafizi turut meluahkan kebimbangan apabila melihat individu yang biasanya rasional turut terpengaruh apabila isu sensitif seperti ini timbul.

“Yang paling menyedihkan, saya tengok sendiri macam mana orang yang biasanya waras pun bila masuk isu macam ini terus hanyut,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa isu seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga menjadi krisis besar.

“Dalam krisis seperti ini, negara mesti datang dulu. Politik kemudian,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli

 

Tags: Ahli Parlimen PandanApi perkaumanDatuk Seri Rafizi Ramli
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Skandal RM9.5 Juta: “Bukan Saya!” – Rafizi Ramli

Skandal RM9.5 Juta: “Bukan Saya!” – Rafizi Ramli

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan...

Tengku Zafrul Bernasib Baik Sebab Azam Baki Suka Dia – Rafizi 

Tengku Zafrul Bernasib Baik Sebab Azam Baki Suka Dia – Rafizi 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Dia bernasib baik sebab (Tan Sri) Azam Baki suka dia. Kalau tak, dia pun kena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd