• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Main Peranan Proaktif Selesaikan Konflik Di Asia Barat – MKN

oleh AK-47
24/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Akan Main Peranan Proaktif Selesaikan Konflik Di Asia Barat – MKN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memainkan peranan proaktif untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik di Timur Tengah yang telah berlangsung selama dua minggu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berhubung rapat dengan rakan-rakan sejawat di luar negara.

Menurut kenyataan itu, Menteri Luar
Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ketua-ketua agensi keselamatan juga sedang melaksanakan langkah yang sama.

“Sebagai contoh, pada hari ini, Perdana Menteri telah mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin-pemimpin New
Zealand, Jepun, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu.

“Malaysia mempunyai beberapa ciri penting untuk memainkan peranan ini. Sebagai contoh, kecuali lsrael, Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kesemua pemain utama dalam isu ini.

“Pendirian konsisten, berkecuali
dan sikap berterus-terang juga membuat Malaysia dihormati,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, MKN memaklumkan, Sidang MKN Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah diadakan hari ini.

Menurut MKN, dalam mesyuarat itu, Malaysia menyambut baik pihak terbabit menghentikan serangan selama lima hari dan berpendirian ruang itu harus digunakan untuk mengadakan rundingan secara serius dan ikhlas.

“Mesyuarat mengambil maklum bahawa perkembangan terbaru ini telah menyebabkan penyusutan harga minyak antarabangsa.

“Bagaimanapun, Malaysia harus terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik berpanjangan yang akan membawa implikasi ekonomi bukan
hanya kepada Malaysia, tetapi dunia,” kata kenyataan itu.

Jelas MKN, kerajaan Malaysia malah akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras untuk menangani keadaan itu.

“Sidang MKN Khas hari ini akan disusuli oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Khas esok yang juga akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, sidang MKN Khas juga telah membincangkan isu-isu yang terkait termasuk isu keselamatan.

Antaranya aktiviti agensi perisikan di Malaysia, pencegahan aktiviti
penyeludupan bahan api dan juga keadaan pasukan pengaman Malaysia (Malbatt) yang kini bertugas di Lubnan.

“Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan kebajikan rakyat sentiasa terbela sewaktu keadaan mencabar ini,” kata MKN. – MYNEWSHUB

Tags: KonflikMajlis Keselamatan NegaraMalaysiapenyelesaianperananTimur Tengah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd