• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Cikgu Chandra Dibakar Sekitar Pukul 3 Pagi 

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Kereta Cikgu Chandra Dibakar Sekitar Pukul 3 Pagi 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Tiga buah kereta milik aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar oleh pihak tidak dikenali dalam kejadian yang didakwa berlaku sekitar pukul 3 pagi.

Insiden itu berlaku selepas rumah Cikgu Chandra terlebih dahulu diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang petang semalam.

Aktivis Dakwah, Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan kebakaran tersebut bagaimanapun berjaya dikawal selepas pihak polis dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan melampau dan menegaskan bahawa negara ini merupakan negara yang berlandaskan undang-undang.

“Mohon segera tangkap semua penghasut dan penyerang Cikgu Chandra serta Zamri Vinoth,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Semalam, Firdaus Wong memaklumkan, pihaknya telah memindahkan Cikgu Chandra dan keluarganya ke sebuah lokasi rahsia demi keselamatan mereka.

Beliau turut meminta orang ramai di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam atau Puchong yang mampu membantu Cikgu Chandra dan keluarganya agar menghubunginya melalui mesej peribadi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto/Video: FB Firdaus Wong Wai Hung

 

Tags: Firdaus Wong
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan kenyataan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof. Tajuddin Rasdi...

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd