• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadang Kita Malu, Pentadbiran Pemimpin DAP Lebih Baik – Wan Mahussin

oleh AK-47
16/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kadang Kita Malu, Pentadbiran Pemimpin DAP Lebih Baik – Wan Mahussin
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain menegur sikap sebahagian pemimpin Melayu Islam yang lebih gemar mengecam berbanding menunjukkan contoh pentadbiran yang baik.

Menurutnya, ada ketikanya beliau berasa malu kerana pentadbiran pemimpin daripada DAP seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat lebih proaktif dalam membantu rakyat.

Beliau memberi contoh keputusan Hannah menurunkan harga sewaan bazar Ramadan dan premis perniagaan yang memberi manfaat kepada peniaga Melayu Islam di Wilayah Persekutuan.

“Tengok contoh yang kita kecam Hannah, ‘at least’ (Hannah) turunkan harga Bazar Ramadan. Bazar Ramadan itu untuk orang Melayu Islam kita berniaga. Turunkan harga premis perniagaan, Bila Cina buat macam itu, kita cakap ini adalah lakonan.

“Patutnya pemimpin-pemimpin Islam Melayu ini yang buat dahulu. Kita kena tunjukkan contoh yang baik. Kalau betul kita rasa tergugat dengan mereka, kita kena buat lebih baik.

“Hannah (sebagai menteri) hari ini stadium di Titiwangsa itu dah dijadikan sebagai venue untuk Sepak Takraw untuk anak-anak Melayu kita juga. Itu pun jadi masalah juga (dakwa) sengaja nak pancing Melayu,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Wan Mahussin berkata, pendekatan keras dan budaya mengecam atas nama agama boleh menjauhkan orang daripada memahami Islam dengan lebih baik.

Katanya, jika cara dakwah yang digunakan hanya berbentuk kecaman dan buli agama, bukan sahaja orang bukan Islam akan menjauhkan diri, malah orang Islam sendiri boleh menjadi semakin jauh daripada agama.

Menurutnya, pemimpin Islam sepatutnya menunjukkan contoh pentadbiran yang lebih baik daripada orang lain jika benar mahu mempertahankan imej Islam.

“Pemimpin Islam buat apa, tengok dekat Kelantan. Kadangkala kita tertanya-tanya kena bagi (pentadbiran) ke Cina dulu ke Kelantan ini supaya Kelantan dapat selesai masalah.

“Kena bagi Cina jugakah sewaan Bazar (Ramadan) dekat Kelantan tu supaya turun harga. Kadangkala hati main berperasakan begitu sebab melihat telatah pemimpin Melayu Islam kita Ini.

“Pengikut-pengikut pula yang taksub. Rosaklah negara kita, rosaklah agama kita,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wan Mahusin Offical

Tags: Wan Mahussin
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd