Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan mengapa harga minyak di Malaysia turut mengalami kenaikan sedangkan Malaysian merupakan negara pengeluar minyak.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, harga minyak Malaysia terkesan kerana Selat Hormuz yang merupakan laluan utama minyak dunia terjejas akibat konflik di Timur Tengah.
Menurut beliau, apabila laluan Selat Hormuz terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak.
“Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.
Bagaimanapun, kata Anwar, demi melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu
“Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui Budi Madani RON95 (BUDI95) dan Budi Diesel
“Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan Madani,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim


