• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erick Thohir Tidur Nyenyak Malam Ini?

oleh Mohd Arshad
06/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Erick Thohir Tidur Nyenyak Malam Ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang melonggarkan hukuman terhadap tujuh pemain warisan Malaysia, namun dalam masa sama mengekalkan denda terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi mencetuskan perdebatan panas dalam kalangan penyokong bola sepak di rantau ini.

Bagi penyokong Harimau Malaya, keputusan ini menimbulkan persoalan besar.

Jika hukuman terhadap pemain dilonggarkan, mengapa FAM masih perlu menanggung denda?

Namun di sebalik keputusan itu, satu nama kembali menjadi sebutan ramai.

Erick Thohir.

Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) itu sebelum ini sering dikaitkan oleh pemerhati bola sepak serantau sebagai antara individu yang didakwa menggerakkan usaha membuat aduan kepada FIFA mengenai pemain warisan Malaysia.

Lebih menarik, usaha tersebut didakwa berlaku secara “baling batu sembunyi tangan”, iaitu menggunakan saluran dan pihak tertentu secara senyap bagi membuat aduan berhubung isu status pemain Malaysia di peringkat FIFA.

Walaupun tiada pengesahan rasmi bahawa aduan tersebut datang terus daripada PSSI, ramai pemerhati percaya tekanan dan laporan yang sampai ke FIFA bukan berlaku secara kebetulan.

Apabila FIFA membuka siasatan dan kes itu akhirnya sampai ke CAS, implikasinya jelas memberi kesan kepada Malaysia.

Ironinya, dalam masa yang sama Indonesia terus bergerak agresif membina pengaruh dalam pentadbiran bola sepak dunia.

Erick Thohir sendiri dikenali sebagai tokoh yang mempunyai jaringan kuat dalam politik dan pentadbiran bola sepak antarabangsa, termasuk hubungan rapat dengan kepimpinan FIFA.

Dalam dunia bola sepak moden, permainan tidak hanya berlaku di atas padang.

Kadangkala ia juga berlaku di pejabat, di meja rundingan dan di mahkamah sukan antarabangsa.

Kini selepas keputusan CAS diumumkan, ramai penyokong bola sepak Malaysia mula bertanya dengan nada sinis:

Adakah Erick Thohir tidur nyenyak malam ini?

Berkat mengerakkan aduan secara senyap…rasanya Erick Thohir bukan sekadar tidur nyenyak, tetapi juga mimpi indah Indonesia melangkah ke pusingan akhir piala dunia …tapi sekadar mimpi ajelah….

Kerana jika benar dakwaan bahawa ada pihak yang menggerakkan aduan terhadap pemain warisan Malaysia sejak awal, maka keputusan ini mungkin bukan sekadar keputusan undang-undang.

Ia mungkin satu kemenangan strategi dalam politik kotor bola sepak Asia Tenggara. ⚽ MYNEWSHUB

Tags: FAMPSSI
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd