Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Perth, Australia semalam menjadi kebanggaan rakyat Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Azizulhasni meraih pingat emas dalam acara keirin pada siri pembukaan UCI Track Nations Cup.
“Tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Atas kejayaan meraih pingat emas.
“Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keazaman, disiplin dan semangat juang tinggi beliau yang menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Dedikasi yang ditunjukkan bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi kebanggaan rakyat Terengganu khususnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, beliau berharap kejayaan itu terus menyuntik semangat Azizulhasni untuk melakar lebih banyak kemenangan di pentas antarabangsa.
“Seterusnya mengangkat martabat sukan negara. Tahniah sekali lagi dan teruskan mengayuh dengan penuh gemilang,” katanya. – MYNEWSHUB

