• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Pelawa PMX Kembali Kepada UMNO? 

oleh AK-47
18/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Pelawa PMX Kembali Kepada UMNO? 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau telah membuat pelawaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali menyertai UMNO.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada saranan yang dikemukakan oleh netizen di ruangan komen akaun Facebook beliau hari ini.

“Done (sudah) jemput tadi,” katanya sambil menyertakan emoji senyuman, menjawab hantaran Azam Rauzan yang menyarankan beliau turut menjemput Anwar masuk UMNO semula.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada respons Akmal itu sekadar gurauan atau memang benar telah menyatakan perkara tersebut kepada Anwar.

Terdahulu, Akmal memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Beliau menyifatkan pertemuan itu sebagai pertemuan antara Ketua Pemuda UMNO Ke-8 iaitu Anwar dengan dirinya yang merupakan Ketua Pemuda UMNO ke-15.

Anwar pernah memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 sebelum dipecat pada tahun 1998 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden UMNO ketika itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Anwar Ibrahim
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd