• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

oleh Mohd Arshad
17/02/2026
dalam Terkini
0
Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

Rawang: Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Bukit Beruntung, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi.

Menurutnya, komander operasi melaporkan kemalangan itu membabitkan sebuah lori treler membawa muatan kapur, kereta jenis Honda City dan BMW.

“Kejadian itu telah mengakibatkan pemandu lori, lelaki Melayu berusia lingkungan 40-an, mengalami kecederaan parah di kepala.

“Pemandu Honda City, lelaki Cina berusia 50-an, cedera ringan manakala penumpang wanita warga Cina berusia 50-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu BMW, lelaki Melayu berusia 30-an, dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi menyelamat itu membabitkan 14 anggota dengan kekuatan tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Rescue Vehicle (RRV) dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

-Harian Metro

Tags: kemalangan maut
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd