• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Toleransi Hina Al-Quran, Jangan Benarkan Masuk Universiti Awam Lagi – Pemuda PAS

oleh Mohd Arshad
26/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Toleransi Hina Al-Quran, Jangan Benarkan Masuk Universiti Awam Lagi – Pemuda PAS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Selangor menuntut tindakan yang keras dan tidak berkompromi oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan biadap menghina al-Quran.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan tegas oleh kerajaan, beliau akan mengerakan bantahan awam besar-besaran mengikut Akta Perhimpunan Awam.

“Saya mengecam sekeras kerasnya tindakan memijak al-Quran. Ini bukan salah laku kecil. Ini adalah penghinaan terbuka terhadap kitab suci umat Islam yang wajib dipandang serius oleh negara.

“Al-Quran ialah kalam Allah yang dimuliakan oleh lebih 60 peratus rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ia bukan sekadar teks, tetapi asas akidah, syariat dan peradaban.

“Tindakan memijaknya adalah satu provokasi melampau yang mencabar keharmonian serta menguji ketegasan undang undang negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Sukri berkata, jika insiden seperti itu tidak ditangani dengan hukuman yang tegas, ia akan menjadi ‘precedent’ berbahaya dan membuka ruang kepada penghinaan agama yang lebih besar.

Beliau namun menegaskan, undang undang sedia ada mungkin tidak lagi memadai untuk menangani penghinaan terbuka terhadap Islam yang semakin berani dan provokatif.

Ujar beliau, kerajaan mesti mempertimbangkan penggubalan rang undang undang yang lebih tegas dan khusus terhadap penghinaan agama Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Undang undang tersebut perlu memperincikan bentuk kesalahan, memperkemas takrif penghinaan serta memperuntukkan hukuman yang lebih berat dan jelas sebagai pencegahan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua Ahli Parlimen Islam tanpa mengira parti agar bersatu menyokong sebarang usaha memperkukuh perlindungan undang-undang terhadap kesucian Islam.

“Dalam isu maruah agama, tidak sepatutnya ada politik kepartian. Ini soal prinsip, soal aqidah dan soal ketenteraman negara.

“Ketegasan negara dalam isu ini akan menjadi garis pemisah yang jelas bahawa kesucian al-Quran tidak boleh dipijak dan agama tidak boleh dijadikan bahan provokasi,” katanya.

Terdahulu, beliau mengemukan tindakan segera yang mesti dilaksanakan dalam isu tersebut iaitu siasatan dan pendakwaan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan penghinaan agama dan ketenteraman awam dengan hukuman paling berat.

Kata beliau, tindakan kedua adalah penamatan serta merta daripada pengajian di universiti serta tidak dibenarkan memasuki mana-mana universiti awam.

“Hukuman kerja kemasyarakatan berat dan berpanjangan di bawah pemantauan rasmi, termasuk khidmat wajib di institusi kebajikan serta program pemulihan sahsiah yang ketat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Mohamed Sukri Omar

Tags: hina islam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd