• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

oleh Mohd Arshad
12/02/2026
dalam Terkini
0
SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan tidak berasas dan berniat jahat yang diterbitkan sebuah media antarabangsa serta menegaskan komitmen agensi itu terhadap proses undang-undang dan prinsip pengasingan kuasa.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen terhadap tuduhan berbentuk tohmahan dan spekulasi, termasuk perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah (sub judice) atau sedang melalui proses perundangan.

Katanya, sebarang dakwaan atau andaian bahawa siasatan SPRM dipengaruhi oleh kepentingan peribadi adalah ditolak sama sekali.

“Semua siasatan yang dijalankan oleh SPRM dilaksanakan dengan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang, berpandukan kepada bukti, serta dijalankan secara bebas tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Sebarang keputusan berkaitan pendakwaan adalah tertakluk kepada budi bicara pendakwaan dan kuasa kehakiman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) serta sistem kehakiman, selaras dengan kerangka perundangan Malaysia yang berasaskan prinsip pengasingan kuasa.

“Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, fungsi dan peranan SPRM dikuatkuasakan oleh Akta SPRM 2009, serta tertakluk kepada pemantauan oleh lima badan pemantau bebas,” kata kenyataan itu, hari ini.

SPRM berkata, sebarang tuduhan salah laku tidak wajar diputuskan menerusi laporan atau persepsi media, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan saluran perundangan serta proses keadilan yang ditetapkan.

“SPRM menegaskan bahawa mana-mana individu atau pihak yang mempunyai bukti yang berasas dan sahih berkaitan rasuah atau salah laku adalah digesa untuk menyalurkan maklumat melalui saluran yang sewajarnya bagi membolehkan penilaian dan tindakan diambil selaras dengan undang-undang,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada agensi berita antarabangsa, Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya ‘mengelirukan’ dan ‘berunsur fitnah’ berhubung urus niaga saham lamanya dalam Velocity Capital Bhd.

Azam dilaporkan berkata, notis undang-undang itu akan dihantar sama ada kepada pejabat Bloomberg di Malaysia atau ibu pejabatnya di Amerika Syarikat, sambil menegaskan beliau bersedia membawa perkara itu ke mahkamah.

-Harian Metro

Tags: dakwaanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd