• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Snuker Didakwa Jadi ‘Port’ Remaja Tidak Berpuasa

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pusat Snuker Didakwa Jadi ‘Port’ Remaja Tidak Berpuasa
Share on FacebookShare on Twitter

OlehMynewshub

KUALA LUMPUR – Beberapa pusat snuker didakwa menjadi lokasi tumpuan remaja Islam yang tidak berpuasa apabila tular rakaman di media sosial memaparkan individu makan dan minum secara terbuka pada waktu siang sepanjang bulan Ramadan.

Perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas satu hantaran dimuat naik di Instagram oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir remaja yang bukan sahaja tidak berpuasa, malah dilihat seolah-olah berbangga menayangkan perbuatan tersebut secara langsung (live) di media sosial.

“Tak tahu nak cakap siapa. Dengan tak puasa, lepas tu duk bangga buat live tayang kat orang. Diri sendiri yang sebar aib sendiri,” tulis pengguna terbabit.

Menurut netizen, pusat snuker yang sepatutnya menjadi lokasi riadah kini dilihat disalah guna oleh sesetengah pihak sebagai tempat ‘berlindung’ untuk makan dan minum tanpa menghiraukan sensitiviti Ramadan.

Rata-rata warganet turut menggesa pihak berkuasa agama serta pemilik premis supaya lebih bertanggungjawab dan mengambil langkah pemantauan bagi mengelakkan perbuatan tidak menghormati bulan suci itu terus berulang.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial mengingatkan bahawa isu ini bukan bertujuan untuk mengaibkan individu, sebaliknya sebagai peringatan agar masyarakat, khususnya golongan muda, lebih menghormati nilai agama dan adab sepanjang Ramadan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden tular berkenaan.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/02/amirkhuzairi__video_1772023663069.mp4
Tags: puasa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hukum Wanita Uzur Makan Secara Terbuka Di Ramadan

21/04/2022
0

Beberapa tahun lepas, Mynewshub melaporkan kisah seorang netizen bernama Mrym Lee mendedahkan dirinya makan secara terbuka atas alasan pada ketika...

Umat Islam Puasa Mulai Ahad Ini

01/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd