• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Kini Turun Pangkat

oleh Mohd Arshad
22/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Muhyiddin Kini Turun Pangkat
Share on FacebookShare on Twitter

MUHYIDDIN ‘TURUN TAKHTA’? PAS KINI PEGANG KETUA PEMBANGKANG!

Politik pembangkang di negara ini berubah arah apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bukan lagi Pengerusi Perikatan Nasional, sebaliknya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat — satu isyarat jelas bahawa imbangan kuasa dalam PN sedang berubah.

Sementara itu, Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan sebagai Pengerusi baharu PN, menggantikan Muhyiddin yang berundur susulan krisis dalaman sebelum ini.

FAKTA PANAS

Pengerusi PN: Ahmad Samsuri

Timbalan Pengerusi PN: Muhyiddin Yassin

Ketua Pembangkang: PAS

Abdul Hadi Awang: Tidak sertai Majlis Tertinggi PN

❗ SOALAN BESAR Adakah ini strategi untuk kukuhkan PN

Atau petanda kuasa Muhyiddin makin terhad?

Siapa sebenarnya **“bos sebenar” PN sekarang?

APA PENDAPAT ANDA?

Wajar atau tidak PAS pegang Ketua Pembangkang?

Adakah Muhyiddin masih dominan atau sekadar simbol?

Biar rakyat nilai sendiri.

— MYNEWSHUB

BERITA PENUH 

Muhyiddin Jadi Timbalan Pengerusi PN

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan kekal sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) gabungan politik tersebut.

 

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS namun akan mengambil alih jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat.

 

“Parti-parti anggota bersetuju kerusi ketua pembangkang dipegang oleh PAS sebagai parti terbesar dalam Parlimen.

 

“Semua jawatan timbalan kekal kecuali Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak berhasrat berada dalam MT,” katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

 

Terdahulu, Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diumum sebagai Pengerusi baharu PN.

 

Beliau menggantikan Muhyiddin Yasin yang meletak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu susulan krisis politik di Perlis. – MYNEWSHUB

 

Tags: muhyiddin
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mewujudkan hubungan rapat...

Yang Pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Bukan Lagi Calon PM – Ahmad Samsuri

Yang Pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Bukan Lagi Calon PM – Ahmad Samsuri

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung calon Perdana Menteri daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd