• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Saham: Mas Ermieyati Desak Azam Baki Disiasat

oleh Mohd Arshad
12/02/2026
dalam Terkini
0
Kontroversi Saham: Mas Ermieyati Desak Azam Baki Disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendesak siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat.

Mas Ermieyati berkata demikian susulan pendedahan laporan agensi berita antarabangsa, Bloomberg yang mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

“Tolong berlaku adil, jangan ada sikap dua darjat sebab jika orang lain yang kena (terpalit isu itu) mereka boleh disiasat.

“Ada satu keraguan yang munasabah, apabila beliau kata sudah jual (saham) pada Julai tahun lalu, maksudnya sebelum ini tidak menjadi masalahkah?

“Sedangkan anda sudah ada dalam pegangan saham berkenaan,” kata pemimpin Perikatan Nasional (PN) tersebut di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum itu, beliau hadir dalam prosiding pengurusan kes saman pemula Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang didakwa ditandatangani tanpa dirujuk kepada Parlimen.

Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut menzahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Anwar pada Rabu yang menolak desakan supaya pemimpin nombor satu SPRM itu meletak jawatan.

“Adakah dengan menyatakan bahawa seseorang rajin bekerja, jadi tidak mengapa, kamu buat apa pun ia dibolehkan.

“Pada saya, perkara yang amat serius dan saya mengulangi desakan agar beliau meletakkan jawatan sekiranya dakwaan itu benar,” katanya.

Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, dikatakan memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari 2025.

Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin.

Azam mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya ‘mengelirukan’ dan ‘berunsur fitnah’ sehingga mencetuskan protes menuntut meletakkan jawatan.

Pada 11 Februari, Azam menafikan masih memegang saham dalam mana-mana syarikat dan menyifatkan laporan yang dikeluarkan media antarabangsa itu berniat jahat.

-Sinar Harian

Tags: Azam BakiKontroversi Sahamsiasat
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Program Wacana Ilmiah Perdana di ibu negara bertukar kecoh apabila dua pemuda bertindak melakukan protes ketika Ketua...

Rehatkan Sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Selesai – Akmal Saleh

Rehatkan Sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Selesai – Akmal Saleh

17/02/2026
0

SHAH ALAM – Pemuda UMNO berpandangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu direhatkan sementara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd