Oleh Mynewshub
KUANTAN – Bapa kepada penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam di laman media sosial membuat laporan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 50-an itu membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan anaknya yang berusia 21 tahun.
“Orang ramai dinasihatkan bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ashari, suspek ditahan reman sehingga 28 Februari ini bagi membantu siasatan polis.
Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. – MYNEWSHUB


