• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: Wang Tunai RM2,000 Lesap 

oleh Mohd Arshad
23/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kereta Teresa Kok Kena Pecah: Wang Tunai RM2,000 Lesap 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin DAP kerugian RM2,000 tunai termasuk wang angpau selepas keretanya dipecah penjenayah dalam kejadian petang semalam.

Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang berjoging di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada pukul 6.15 petang.

“Saya hilang kira-kira RM2,000 tunai dan wang angpau, selain kehilangan kad pengenalan serta pelbagai kad kredit dan dokumen penting yang lain.

“Dengan hati yang kecewa, saya terus membuat laporan di Balai Polis TTDI. Pegawai polis yang bertugas mengendalikan laporan saya dengan sangat profesional,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Teresa Kok berkata, beliau menyedari kejadian itu apabila kembali ke kereta pada pukul 7 malam selepas selesai melakukan aktiviti joging.

Menurutnya, beliau mendapati cermin tingkap di bahagian penumpang hadapan telah dipecahkan, manakala beg tangan diletakkan di ruang kaki tempat duduk juga telah hilang.

Kata beliau, pihak polis telah mengambil kenyataannya dan unit forensik juga tiba untuk mengambil gambar serta kesan cap jari pada kenderaan beliau.

“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan terhadap aduan saya.

‘Memandangkan kes pecah kereta dan kecurian barang berharga kerap berlaku di kawasan berkenaan, saya amat berharap agar pihak DBKL dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara demi memudahkan siasatan polis terhadap jenayah yang berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Teresa Kok

Tags: Teresa Kok
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd