• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor- Titah Sultan

oleh Mohd Arshad
10/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor-  Titah Sultan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

SHAH ALAM 10 FEB. – Sultan Selangor menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu.

Ia susulan polemik berterusan berhubung cadangan projek ternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Menerusi satu kenyataan rasmi Istana Alam Shah bertarikh hari ini (10 Februari 2026), Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa pendirian itu dizahirkan selepas mengambil kira kenyataan Perdana Menteri pada 23 Januari lalu yang menyarankan supaya Kerajaan Negeri Selangor membatalkan projek berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, isu itu turut dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri dan Sultan Selangor pada 8 Februari lalu.

Dalam ucapan susulan pada 9 Februari, Perdana Menteri dilaporkan menyatakan ketidaksetujuan terhadap pelaksanaan penternakan babi di kawasan yang dibantah penduduk tempatan serta berpotensi mencetuskan kontroversi.

Baginda Sultan Selangor dalam kenyataan sama menegaskan bahawa penternakan babi boleh menyebabkan pencemaran udara akibat bau busuk serta berisiko mencemarkan sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan.

Sebagai contoh, cadangan projek di Bukit Tagar yang merupakan kawasan penempatan majoriti Melayu dan kawasan Felda dijangka menerima bantahan penduduk setempat.

Selain itu, ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Walaupun kaedah penternakan moden dikatakan mampu mengurangkan pencemaran, kenyataan itu menyebut ia memerlukan kos yang tinggi dan tiada jaminan sepenuhnya terhadap keselamatan sumber air di Lembah Klang.

Baginda turut berpandangan bahawa penternakan babi, sama ada berskala besar atau kecil, tidak sesuai dilaksanakan di Selangor berikutan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi.

Tanah di negeri ini wajar dimanfaatkan bagi tujuan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat lebih meluas kepada rakyat.

Sebagai jalan penyelesaian, Sultan Selangor menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian lesen import daging babi bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina di Selangor.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut bukan sahaja dapat meredakan polemik berpanjangan berkaitan penternakan babi, malah membolehkan Kerajaan Negeri mengoptimumkan penggunaan tanah bagi pembangunan dan penempatan.

Baginda menegaskan agar isu ini dihentikan dan dimuktamadkan demi mengelakkan keresahan masyarakat serta menjejaskan keharmonian negeri.

Semua pihak diseru menghormati titah Sultan dan bersama-sama memelihara perpaduan serta keamanan di Selangor.

Kenyataan rasmi itu ditandatangani oleh Datuk Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor.

Sumber: Istana Alam Shah Selangor

Tags: babi
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd