• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Di Sogo Sabtu Ini

oleh Mohd Arshad
03/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Di Sogo Sabtu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu himpunan aman yang dinamakan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram dijadualkan berlangsung di sekitar kawasan Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 7 Februari.

Berdasarkan surat pemakluman rasmi yang tular di media sosial, penganjur telah memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.

Surat bertarikh 1 Februari 2026 itu menyatakan bahawa himpunan akan diadakan bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam di sekitar kawasan Sogo.

Menurut kandungan surat berkenaan, penganjur memaklumkan bahawa perhimpunan itu akan dijalankan secara aman dan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Pihak penganjur akan memastikan semua peserta mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak menimbulkan sebarang gangguan kepada ketenteraman awam,” menurut Penyelaras program, Zamri Vinoth dalam surat tersebut.

Surat berkenaan turut memaklumkan bahawa pemakluman rasmi dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya IPD Dang Wangi, bagi tujuan penyelarasan keselamatan dan kelancaran sepanjang himpunan berlangsung.

Poster promosi yang turut tersebar memaparkan seruan kepada orang ramai untuk hadir menyertai himpunan tersebut di perkarangan Sogo Kuala Lumpur pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berada di sekitar lokasi pada hari kejadian.

Sementara itu, Zamri ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu dan menyatakan bahawa protes aman tersebut akan diadakan di kawasan berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur bermula jam 8 malam, melibatkan kira-kira 141 NGO.

“Objektif perhimpunan ini adalah untuk memastikan undang-undang dikuatkuasakan. Mereka yang melakukan jenayah menceroboh dan membina rumah anutan secara haram mesti didakwa mengikut peruntukan undang-undang.

“Himpunan ini dianjurkan kerana aktiviti sedemikian telah berlarutan selama bertahun-tahun. Jumlah rumah anutan haram semakin meningkat setiap tahun.

“Tetapi mereka yang terlibat tidak didakwa di mahkamah, sebaliknya diberikan pampasan dan tanah ganti.

“Tiada penghujungnya… Sampai bila? Golongan inilah yang sepatutnya membayar pampasan, bukan sebaliknya,” katanya.

Tags: Kuil Haram
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

687 Kuil Hindu Tanpa Kebenaran Direkodkan Di Selangor

Ketetapan MKN Selangor Yang Menyusahkan Pemilik Tanah Yang Diceroboh

12/02/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menetapkan bahawa sebarang tindakan melibatkan rumah ibadat yang didirikan tanpa kelulusan atau di atas...

Mahkamah Tinggi Batalkan Reman, Tamim Dahri Dibebaskan Serta-Merta

Mahkamah Tinggi Batalkan Reman, Tamim Dahri Dibebaskan Serta-Merta

12/02/2026
0

Mahkamah Tinggi Batalkan Reman, Tamim Dahri Dibebaskan Serta-Merta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd