• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Presiden PAS Seru Umat Islam Bertenang  

oleh Mohd Arshad
26/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Timbalan Presiden PAS Seru Umat Islam Bertenang  
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru umat Islam bertenang dalam berdepan dengan isu penghinaan terhadap agama mereka.

Menurut beliau, umat Islam perlu bersatu dan mempertahankan kemuliaan Islam melalui saluran yang betul serta berhemah.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita berpegang teguh kepada Rukun Negara sebagai asas pembinaan sebuah negara yang aman, adil dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan seorang pelajar universiti didakwa memijak al-Quran merupakan perbuatan melampau dan tidak wajar sama sekali.

Kata beliau, ia satu tindakan yang memalukan serta langsung tidak mencerminkan adab, nilai kemanusiaan dan tahap keintelektualan seorang penuntut institusi pengajian tinggi.

Tambah beliau, perbuatan menghina agama itu bersifat provokatif dan lebih memburukkan keadaan apabila ia dirakam dan disiarkan kepada umum.

“Tindakan sedemikian tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak, khususnya masyarakat Islam di negara ini, kerana ia mencetuskan kemarahan, kegelisahan awam serta berpotensi mengganggu keharmonian masyarakat.

“Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang suci dan menjadi pedoman umat Islam. Menjaga kehormatannya adalah kewajipan. Lebih menyedihkan, kejadian ini berlaku dalam bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan dan dikaitkan dengan turunnya al-Quran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan bertindak tegas dan menyemak semula kerangka perundangan sedia ada agar kesalahan penghinaan terhadap agama dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Ujar beliau, penguatkuasaan yang konsisten serta hukuman yang setimpal amat penting bagi mencegah perbuatan serupa berulang, demi memelihara ketenteraman awam, keselamatan negara dan perpaduan kaum serta agama di Malaysia. – MYNEWSHUB

Tags: ADUN PAShina islam
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd