• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Lama Dedah Cara Bermain Kasar, Dakwaan Pelanggan Dipersoalkan Netizen…

oleh Mohd Arshad
08/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Video Lama Dedah Cara Bermain Kasar, Dakwaan Pelanggan Dipersoalkan Netizen…
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan dua pelanggan bahawa mesin permainan “Wangan Midnight” dimatikan tanpa sebab munasabah oleh kakitangan arked AEON Fantasy Malaysia kini dipersoalkan selepas satu video lama bertarikh tahun lalu tular di media sosial.

Video berkenaan memperlihatkan cara permainan mereka yang sebenarnya disifatkan agak kasar dan agresif.

Rakaman lama berkenaan menunjukkan individu tersebut bermain mesin arked dengan pergerakan tangan yang kuat, termasuk menepuk dan menghayun tangan ke arah skrin serta stereng ketika permainan sedang berlangsung.

Perkara itu sekali gus dilihat selari dengan dakwaan kakitangan arked terkini yang menyatakan mesin berkenaan dimatikan kerana pelanggan didakwa “mengetuk” atau “memukul” mesin terbabit.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/AhaTik_jiejiejiejiewmmt_534ff885-c8bb-41f8-9023-b178e29a9971_.mp4

Video lama itu mencetuskan reaksi baharu dalam kalangan netizen, dengan ramai berpendapat tindakan kakitangan arked mungkin berasas dan bertujuan melindungi mesin serta keselamatan pengguna lain.

“Kalau tengok video ni, memang jelas gaya permainan kasar. Mesin arked bukan murah,” komen seorang pengguna media sosial.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/AhaTik_jiejiejiejiewmmt_076438bd-c3d8-4682-a9d6-777ec4ede921_.mp4

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang berpendapat kakitangan seharusnya memberi penjelasan lebih berhemah kepada pelanggan, bukannya terus mematikan mesin tanpa komunikasi jelas, bagi mengelakkan salah faham.

Sebelum ini, pelanggan terbabit mendakwa mereka bermain secara normal dan adil, serta menegaskan bunyi yang terhasil adalah sebahagian daripada mekanik permainan.

Setakat ini, pihak AEON Fantasy Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendedahan video lama tersebut.

Mynewshub akan terus memantau perkembangan kes ini dan mendapatkan maklum balas rasmi daripada pihak pengurusan arked sekiranya ada.

Tags: AEON
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

CEO AEON Letak Jawatan

10/06/2022
0

KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan...

Keuntungan Bersih Suku Ke-3 AEON Credit Service Meningkat Kepada RM87j

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Nov, 2018, meningkat kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd