• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keuntungan Bersih Suku Ke-3 AEON Credit Service Meningkat Kepada RM87j

oleh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Nov, 2018, meningkat kepada RM87.13 juta daripada RM70.55 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepada RM348.49 juta daripada RM312.34 juta yang dicatatkan sebelumnya berikutan peningkatan dalam belum terima pembiayaan bagi motosikal, auto dan perniagaan pembiayaan peribadi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa hadapan, Pengarah Urusannya Kenji Fujita berkata syarikat itu terus optimis dapat mengekalkan prestasinya sepanjang tahun kewangan selaras dengan pelaksanaan pelan perniagaannya yang dijadualkan.

“Dengan aplikasi e-dompet yang baru dilancarkan, melengkapkan AEON Member Plus Visa Card, kami menjangka dapat mencatatkan penyelesaian dan pembayaran yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu menyasarkan lebih ramai pengguna bagi aplikasi tersebut sejajar dengan dasar kerajaan menggalakkan masyarakat tanpa tunai.

“Justeru, kami menyasarkan sinergi kedua-dua perniagaan runcit dan kewangan kami,” katanya.

Fujita berkata syarikat itu yakin permintaan domestik akan terus menyumbang kepada aliran pendapatan syarikat dan merangsang pertumbuhan perniagaan. – BERNAMA

Tags: AEON
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lama Dedah Cara Bermain Kasar, Dakwaan Pelanggan Dipersoalkan Netizen…

Video Lama Dedah Cara Bermain Kasar, Dakwaan Pelanggan Dipersoalkan Netizen…

08/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Dakwaan dua pelanggan bahawa mesin permainan “Wangan Midnight” dimatikan tanpa sebab munasabah oleh kakitangan arked AEON Fantasy...

CEO AEON Letak Jawatan

10/06/2022
0

KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd