• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Dukacita, Tidak Setuju Projek Penternakan Babi Berskala Besar

oleh Mohd Arshad
10/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sultan Selangor Dukacita, Tidak Setuju Projek Penternakan Babi Berskala Besar
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM | 10 Januari 2026 — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dan tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada tahun 2030.

Dalam Kenyataan Media Istana Alam Shah hari ini, Baginda memandang serius perancangan tersebut, khususnya apabila terdapat kemungkinan ia melibatkan penternakan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.

Menurut Baginda, secara prinsipnya Baginda akur dengan kewujudan penternakan babi secara kecil dan terkawal bagi memenuhi keperluan sumber makanan rakyat berbangsa Cina dan bukan Islam di Selangor.

Namun, Baginda menegaskan bahawa perancangan berskala besar adalah tidak wajar, tidak sensitif serta tidak seimbang dengan realiti demografi Selangor yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu Islam.

Baginda turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesejahteraan penduduk Melayu di Kuala Langat, memandangkan masalah berkaitan penternakan babi di kawasan itu masih gagal diselesaikan sepenuhnya sejak tahun 2010.

Antara isu yang telah lama ditanggung penduduk ialah bau busuk berlarutan, pencemaran air sungai serta masalah lalat, yang menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan awam.

Baginda juga berkenan memetik Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-An’aam ayat 145 yang menyatakan bahawa daging babi adalah najis dan kotor, sebagai penegasan prinsip agama Islam yang perlu dihormati dalam perancangan pembangunan negeri.

Dalam kenyataan sama, Baginda menegaskan bahawa Istana Pantai Bahagia, kediaman rasmi Baginda, turut terletak di kawasan Kuala Langat dan Baginda sendiri merasai serta menyaksikan secara langsung kesan pencemaran bau akibat aktiviti penternakan babi di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Baginda menyifatkan adalah tidak munasabah untuk membiarkan masalah yang telah berlarutan lebih sedekad itu berulang dalam skala yang lebih besar.

Baginda turut mengusulkan agar wakil-wakil rakyat tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi, bagi merasai sendiri pengalaman sebenar seperti yang dialami penduduk sekitar.

Selain itu, Baginda mempersoalkan dengan serius sama ada projek penternakan babi berskala besar ini melibatkan kepentingan kelompok ahli politik atau ahli perniagaan tertentu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya unsur rasuah, konflik kepentingan atau ketirisan tadbir urus dalam proses perancangan dan kelulusan projek tersebut.

Baginda turut mengimbas kembali inisiatif terdahulu Kerajaan Negeri yang pernah menghantar wakil ke luar negara untuk mendapatkan maklumat berkaitan penternakan babi moden, namun kos pemodenan yang tinggi didakwa tidak mampu ditanggung oleh pengusaha ternakan.

Justeru, Baginda mempersoalkan sama ada cadangan terbaharu ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, sedangkan peruntukan tersebut lebih wajar disalurkan kepada pembangunan kemudahan asas rakyat seperti sekolah dan hospital.

Walaupun begitu, Baginda menegaskan bahawa Baginda tidak menolak sepenuhnya cadangan projek berkenaan, namun menekankan bahawa kajian pasaran dan impak perlu dibuat secara teliti, rasional dan menyeluruh sebelum sebarang ketetapan muktamad dibuat.

“Pembangunan ekonomi tidak boleh mengorbankan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor,” tegas Baginda.

Baginda turut mengingatkan Kerajaan Negeri agar bertindak dengan amanah, telus dan bertanggungjawab, serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat melebihi segala kepentingan lain.

Mynewshub

Tags: babi
Share330Tweet206SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd