Oleh Mynewshub
TERKEJUT sungguh membaca keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Bukan apa…cara isu ini dimainkan sebelum ini…seolah-olah memang dah sah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersalah sepenuhnya dalam kontroversi yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.

Keputusan terbaharu CAS terhadap tujuh pemain Harimau Malaya sebenarnya secara tidak langsung menguatkan dan mengesahkan beberapa persoalan dan dakwaan yang pernah dibangkitkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sebelum ini.

TMJ secara terbuka mempersoalkan keputusan FIFA yang menjatuhkan hukuman penggantungan tanpa penjelasan terperinci, sedangkan FAM telah memaklumkan bahawa semua proses dokumentasi dan kerjasama dengan FIFA serta Kerajaan Malaysia telah dipatuhi, malah pernah menerima kelulusan sebelum ini.
FIFA pada asalnya telah memberikan kebenaran beraksi kepada pasukan Harimau Malaya dengan tujuh pemain warisan sebelum badan bola sepak antarabangsa itu sendiri mula meroyan tidak tentu hala kemudiannya.
Lebih pelik…selepas itu FIFA pula didakwa mengugut sesiapa yang mahu membawa kes ke CAS.
Nampak tak ….FAM buat ikut peraturan…Kerajaan Malaysia berikan kerjasama demi membantu menaikkan standard bola sepak negara…tetapi FIFA yang asalnya berikan kebenaran…Tiba-tiba mengenakan hukuman….tapi bila kes hendak dibawa ke CAS…FIFA mula gelabah…
Justeru…persoalan legit…apa sebenarnya yang FIFA mahu?
CAS tahan hukuman FIFA walaupun sementara waktu…membuktikan FAM dan Malaysia bukan bersalah sepenuhnya dalam isu ini.
Antara persoalan utama yang dibangkitkan TMJ termasuk kemungkinan wujudnya campur tangan atau pengaruh pihak luar dalam keputusan FIFA, selain kehairanan mengapa keputusan tersebut diumumkan secara terbuka walaupun proses rayuan masih berjalan.
Keputusan CAS yang menangguhkan hukuman FIFA itu kini dilihat sebagai pengesahan awal bahawa isu berkenaan mempunyai asas kukuh, sekali gus menimbulkan tanda tanya besar terhadap ketelusan dan prosedur yang digunakan sebelum hukuman asal dikenakan.
Dalam kenyataannya sebelum ini, TMJ turut menegaskan bahawa terdapat surat pengesahan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung status pemain-pemain terlibat, dan Malaysia tidak seharusnya tunduk kepada tekanan atau kebimbangan pihak tertentu terhadap kebangkitan Harimau Malaya.
Dengan kebenaran sementara oleh CAS ini, tujuh pemain terbabit dibenarkan untuk terus beraksi dan menyertai semua aktiviti bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan diputuskan, sekali gus memberi nafas baharu kepada kem Harimau Malaya.
Perkembangan ini dijangka terus mencetuskan perbahasan di peringkat antarabangsa mengenai tadbir urus, ketelusan serta proses membuat keputusan dalam bola sepak dunia, khususnya melibatkan kes pemain pasukan kebangsaan Malaysia. –MYNEWSHUB
#HarimauMalaya #TMJ #FAM #CAS #DemiLencanaDiDada


