• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

oleh Mohd Arshad
20/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menerusi langkah sedemikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kontroversi berkaitan isu Bahasa Melayu akan dapat dileraikan, sekali gus hal berkaitan syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA) juga tidak lagi berbangkit selepas ini.

“Saya jelaskan keperluan bahasa dan menuntut supaya semua sistem pendidikan dalam negara kita menetapkan dan mewajibkan Bahasa Melayu mengikut kurikulum Kementerian, termasuk sehingga SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Sama ada di sekolah antarabangsa, ramai anak-anak Malaysia yang di sekolah antarabangsa, tanpa kecuali diwajibkan mengambil ujian Bahasa Melayu SPM dan juga Sejarah Malaysia.

“Di sekolah agama rakyat dan Maahad Tahfiz yang mencecah lebih 400,000 pelajar, juga diwajibkan mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia. Ini terpakai juga tentang kontroversi kecil soal UEC biarpun keadaan sudah berubah,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini hari ini

Yang turut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta beberapa menteri Kabinet lain.

Maka dengan kaedah ini, Anwar berkata, jalur mereka untuk pergi ke pendidikan tinggi sama ada dari sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat atau UEC, tidak lagi menjadi kontroversi.

“Kita terima baik asalkan syarat ini diterima. Saya fikir majoriti besar rakyat dari semua kaum, semua daerah setuju dan cuba melaksanakan, termasuk dalam semua sistem pendidikan negara kita.

“Cuma kita nak perkemaskan. Negara ini sudah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Maka penguasaan bahasanya bukan sekadar menguasai, tapi harus ditingkatkan sebagai bahasa lingua franca dan juga bahasa ilmu,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar menekankan penumpuan penguasaan dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris juga harus berubah dan pelajar mesti menguasainya sebagai bahasa kedua.

“Tidak hanya belajar dan mengajar sambil lewa. Standard dan mutu pendidikan Bahasa Inggeris mesti ditingkatkan dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana negara kita, negara perdagangan.

“Maka penguasaan Bahasa Inggeris itu harus diberi keutamaan untuk menjamin masa depan anak-anak di ruang dan medan antarabangsa dan juga dalam bidang apa yang disebut sebagai penguasaan ilmu dalam transformasi digital, peralihan tenaga, kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” katanya.

Katanya, semua Sekolah Kebangsaan (SK) harus menyediakan guru mencukupi dalam mengajar subjek berkenaan, termasuk subjek pilihan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab.

“Kerana ini ketetapan yang kita lakukan. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, anak-anak sama ada anak Cina atau Melayu yang ingin belajar Bahasa Cina sebagai bahasa pilihan, atau Bahasa Tamil atau Bahasa Arab, Kementerian Pendidikan wajib menyediakan guru yang cukup memberikan ruang kepada anak-anak ini belajar bahasa-bahasa ini.

“Jadi pilihan Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab mesti ada di sekolah-sekolah bagi anak-anak yang memilih untuk menguasai bidang-bidang itu. Kita harap dapat diselesaikan kontroversi bahasa yang tidak berkesudahan,” katanya.

BHonline-

Tags: sekolah agamaSPMUEC
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

04/12/2024
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd