• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Terlupa Kesan Kejadian Ini Ke Atas Keluarga Pemilik Kereta…

oleh Mohd Arshad
07/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ramai Terlupa Kesan Kejadian Ini Ke Atas Keluarga Pemilik Kereta…
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas kereta milik mereka mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh sebuah lori ketika diparkir di bahu jalan, dalam satu kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut perkongsian pemilik kenderaan, mereka terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan R&R Ayer Keroh berikutan kawasan parkir berhampiran yang penuh.

Situasi itu berlaku selepas sekeluarga berkenaan menahan keinginan untuk ke tandas selama hampir sejam akibat kesesakan, sebelum singgah sebentar bagi urusan tersebut.

“Kami bukan sengaja parkir di situ. Parking memang penuh dan kami sekeluarga memang dah lama tahan. Pergi ke tandas pun beratur panjang, terutama tandas perempuan. Kami juga bawa orang tua,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, ketika kenderaan ditinggalkan buat sementara waktu, sebuah treler yanh mahu meninggal lokasi dilaporkan telah merempuh kereta tersebut sehingga menyebabkan kerosakan yang ketara di bahagian sisi.

Walaupun mengakui kesilapan meletakkan kenderaan di lokasi tidak sepatutnya, pemilik kereta mempersoalkan tindakan pemandu lori yang didakwa cuai dan tidak bertanggungjawab.

“Memang salah kami parking di situ, tapi apa hak lori itu nak rosakkan kereta kami?” katanya lagi.

Kejadian itu memberi tekanan besar kepada keluarga berkenaan, lebih-lebih lagi apabila mereka kini terpaksa memikirkan kos membaiki kenderaan dalam keadaan kewangan yang terhad, tambahan pula dengan sesi persekolahan anak-anak yang bakal bermula tidak lama lagi.

“Sekarang ni suami menung fikir nak cari duit repair kereta. Bulan depan anak-anak nak mula sekolah,” luahnya.

Insiden berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian meminta semua pihak lebih berhemah di jalan raya, manakala ada yang menggesa pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati, terutama di kawasan sempit dan sesak.

Ramai yang bersorak gembira ketika kejadian ini berlaku sehingga terlupa kesan kejadian itu ke atas keluarga yang bukan dari kalangan berduit banyak.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/myrandomcurator_20251228__2005345022590558347_1_20053443382687866890.mp4
Tags: kemalanganMelaka
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd