• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

oleh Mohd Arshad
02/01/2026
dalam Terkini
0
Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden tersebut turut tular di satu platform media sosial dan pihaknya mengesan rakaman berkenaan pada jam 12.12 tengahari, Jumaat.

“Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis jam 7.35 pagi melibatkan seorang pejalan kaki dengan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes Benz.

“Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan yang bekerja di kedai buku dalam perjalanan dari Taman Cemerlang menuju ke Taman Mount Austin.

“Ketika melalui kawasan terbabit, secara tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berlari secara meluru ke arah kereta berkenaan. Pejalan kaki itu juga masih belum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Raub, kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59 iaitu kecuaian pejalan kaki melintas jalan.

Katanya, polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan.

“Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Norijan Sharkawi di talian 013-2623176,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: polissiasat
Share223Tweet139SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd