• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.40 pagi, mangsa Noor Hazimi Noor Hashim, 15, dari Kampung Makam, Kepong, meninggal dunia di lokasi kejadian di Kampung Belukar Sukai, selepas mengisi minyak di stesen minyak di Kampung Pengadang Baru.

Difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil adiknya, Noor Hasmiea yang belajar di tingkatan dua di sekolah yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan mangsa dikatakan gagal mengelak selepas kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki yang secara tiba-tiba keluar daripada persimpangan jalan.

Noor Hazimi dikatakan tercampak ke atas kereta dan motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya terbakar.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas dan Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah@Kamal Mohamed meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni bapa mangsa, Noor Hisham Putih, 55.

-Berita Harian

Tags: kemalangan maut
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd