• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

oleh Mohd Arshad
12/01/2026
dalam Artis
0
Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada jam 12.56 tengah hari.

Lafaz cerai dibuat oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilihat dalam keadaan reda dan menerima hakikat bahawa proses hakam adalah fasa terakhir dalam usaha menyelamatkan rumah tangganya bersama Uqasha.

Difahamkan, kedua-duanya sudah berusaha sebaik mungkin demi kebaikan keluarga serta masa depan anak mereka, namun jodoh tidak panjang.

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, berkata lafaz cerai tidak dilakukan ketika itu kerana Kamal masih berhasrat mempertahankan rumah tangga.

Menurut Syazmee, mahkamah turut mensabitkan wujudnya shiqaq, iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam perkahwinan pasangan berkenaan.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.

Bagaimanapun, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu, sekali gus menamatkan ikatan yang dibina hampir tiga tahun.

BHonline-

Tags: ceraiKamal Adliuqasha senrose
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd