• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Greenland: AS Pertimbang Pelbagai Opsyen Termasuk Ketenteraan – Rumah Putih

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Greenland: AS Pertimbang Pelbagai Opsyen Termasuk Ketenteraan – Rumah Putih
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON –  Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membincangkan “pelbagai opsyen” bagi memperoleh Greenland, termasuk menggunakan ketenteraan AS, menurut Rumah Putih pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Presiden Trump telah menyatakan dengan jelas bahawa pemerolehan Greenland merupakan keutamaan keselamatan negara Amerika Syarikat, dan ia penting untuk menghalang musuh-musuh kami di rantau Artik,” kata jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, sebagai menjawab pertanyaan Anadolu.

“Presiden dan pasukannya sedang membincangkan pelbagai pilihan untuk mencapai matlamat dasar luar yang penting ini, dan sudah tentu, penggunaan ketenteraan AS sentiasa merupakan satu opsyen di bawah kuasa Panglima Tertinggi,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat susulan cadangan berulang kali oleh Trump untuk memperoleh pulau berkenaan atas kepentingan strategik.

Sehari selepas operasi ketenteraan AS di Venezuela yang menyaksikan penangkapan Presiden Nicolas Maduro, Trump pada Ahad sekali lagi memperbaharui gesaannya untuk mengambil alih Greenland atas kepentingan “keselamatan negara”.

“Kami memerlukan Greenland dari sudut keselamatan negara dan Denmark tidak akan mampu melaksanakannya,” katanya ketika ditanya mengenai sebarang kemungkinan tindakan AS terhadap Greenland.

Greenland merupakan wilayah autonomi dalam Kerajaan Denmark dan berulang kali menolak cadangan yang menyarankan sebarang pemindahan kedaulatan kepada AS.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, telah menggesa Trump supaya “menghentikan ancaman” berkenaan.

-Bernama

Tags: ASgreenland
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Wakil Kanan AS Beri Penghormatan Di Tugu Negara

Wakil Kanan AS Beri Penghormatan Di Tugu Negara

08/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan, Cate Dillon menyertai upacara meletakkan...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd