• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Panglima Tentera Darat Muhammad Hafizuddeain Jantan, Dua Isteri Ditahan SPRM

oleh Mohd Arshad
07/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bekas Panglima Tentera Darat Muhammad Hafizuddeain Jantan, Dua Isteri Ditahan SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, bersama dua isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat.

Dalam operasi sama, SPRM turut menahan sepasang suami isteri yang disyaki bersubahat melarikan wang berjumlah RM2.4 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa sehingga jam 7 malam, Muhammad Hafizuddeain Jantan serta kedua-dua isterinya berada dalam tahanan SPRM.

“Sehingga jam 7 petang kita menahan bekas Panglima Tentera Darat dan kedua-dua isterinya. Semalam pula, kita menahan seorang lelaki Melayu bersama isterinya yang disyaki bersubahat melarikan RM2.4 juta,” katanya seperti dipetik laporan Buletin TV3.

Terdahulu, kenderaan membawa Muhammad Hafizuddeain Jantan dan salah seorang isterinya dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM sekitar jam 3 petang.

Menurut SPRM, permohonan reman terhadap Muhammad Hafizuddeain Jantan serta dua isterinya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan lanjut.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan bekas Panglima Tentera Darat itu dikehendaki hadir memberi keterangan pada 28 Disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga dilaporkan hadir ke Kementerian Pertahanan Malaysia pada 23 Disember lalu untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek perolehan Tentera Darat yang dilaksanakan sejak 2023.

Pada 29 Disember lalu, Azam Baki mendedahkan enam akaun bank milik Muhammad Hafizuddeain Jantan serta ahli keluarganya telah disita bagi membantu siasatan.

Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan terhadap kes yang dilaporkan terhadapnya selesai.— Mynewshub

Tags: SPRM
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd