• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

oleh Mohd Arshad
17/01/2026
dalam Jenayah
0
23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair e-liquid bernilai lebih RM635,000 menerusi Op Taring Alpha 3 yang dilaksanakan serentak di tujuh daerah di Sabah, kelmarin.

Operasi bersepadu dari jam 9 pagi hingga 6 petang dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata operasi berkenaan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Beluran, Keningau dan Semporna.

“Hasil operasi berjaya menahan 23 individu berusia antara 20 hingga 35 tahun, terdiri daripada 18 lelaki dan lima wanita, semuanya warga tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Turut dirampas ialah 9,000 unit peranti rokok elektronik, 3,000 unit vape dan 1,915 unit cecair e-liquid dengan nilai rampasan dianggarkan RM635,262,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Nor Omar berkata pihak polis akan terus komited dan konsisten membanteras aktiviti penyeludupan serta perniagaan haram di Sabah.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan penjualan serta pengedaran rokok elektronik, vape dan cecair e-liquid yang menyalahi undang-undang.

-Berita Harian

Tags: PGArampasrokok elektronikvape
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Rampas Pil Yaba, Tahan Pasangan Kekasih

Polis Rampas Pil Yaba, Tahan Pasangan Kekasih

02/01/2026
0

DUNGUN: Polis menahan seorang lelaki bersama teman wanitanya selepas menemui sejumlah pil dipercayai dadah seberat kira-kira 178.68 gram, hari ini....

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd