• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Cari Warga Malaysia, Asrul Nizam Hilang Di Sumatera Barat Diteruskan

oleh Mohd Arshad
01/12/2025
dalam Terkini
0
Usaha Cari Warga Malaysia, Asrul Nizam Hilang Di Sumatera Barat Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Usaha mencari rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson yang dilaporkan hilang dipercayai terbabit insiden banjir dan tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 November lalu sedang giat diteruskan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus memantau perkembangan susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda Sumatera Barat.

Katanya, Konsulat Jeneral mengesahkan Asrul Nizam, 30, yang dilaporkan hilang selepas terbabit dalam insiden itu dan pihak berkenaan sedang berkoordinasi rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat yang sedang berlangsung.

“Maklumat awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa bersama tujuh warga Indonesia, dipercayai ahli keluarga, dihanyutkan oleh tanah runtuh berkenaan.

“Empat daripada penumpang warga Indonesia sudah dikesan, manakala usaha mencari rakyat Malaysia berkenaan serta tiga lagi warga Indonesia masih diteruskan,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu berkata, ibu bapa mangsa kini berada di Padang. dan Konsulat Jeneral sedang menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga sepanjang tempoh mereka di sana.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Konsulat Jeneral turut menerima laporan orang awam mengenai tiga pelancong Malaysia yang gagal dihubungi membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 63 dan 64 tahun sejak 27 November lalu.

Menurutnya, maklumat awal menunjukkan mereka dipercayai berada di Aceh atau Sumatera Utara.

“Konsulat Jeneral sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan kedudukan mereka dan memberikan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh dinasihatkan supaya berwaspada setiap masa, mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan serta nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, keluarga rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dan menghadapi kesukaran menghubungi ahli keluarga masing-masing digalakkan untuk segera menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bagi mendapatkan bantuan, khususnya memandangkan ramalan cuaca buruk yang dijangka berterusan di rantau berkenaan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui talian +62 823-6164-6046 yang beroperasi secara 24 jam dan email [email protected].

-Harian Metro

Tags: Asrul NizamSumatera Barat
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd