• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

oleh Mohd Arshad
07/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk menyiasat calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei 2025 bagi melemahkan pihak lawan dalam parti.

 

Dalam kenyataan hari ini, SPRM menyifatkan tuduhan bekas timbalan presiden PKR itu sebagai tidak berasas dan tidak benar, selain menegaskan bahawa semua siasatan hanya dilakukan berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima.

 

“Setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur ditetapkan,” jelas SPRM.

 

Rafizi dalam audio siar terbaharunya mendakwa beberapa anggota PKR menjadi sasaran siasatan SPRM selepas dianggap tidak lagi disenangi sesetengah pemimpin parti. Beliau turut mendakwa tindakan sama menimpa calon yang bertanding menentang Nurul Izzah Anwar bagi jawatan timbalan presiden PKR.

 

Rafizi yang tewas dalam pemilihan tersebut mendakwa seorang calon sehaluan dengannya pernah ditahan dan disiasat SPRM kerana membeli sebuah rumah lelong secara tunai. Namun, beliau tidak menamakan individu berkenaan, hanya menyebut bahawa calon itu tidak pernah kalah dalam pemilihan parti di Selangor.

 

SPRM dalam kenyataannya juga menolak dakwaan bahawa rumah individu tertentu telah “dikepung” ketika siasatan dijalankan.

 

“Tindakan yang diambil adalah sebahagian daripada kaedah siasatan biasa, termasuk elemen kejutan bagi mengelakkan risiko pelupusan bukti. Setelah disahkan individu tersebut tiada di rumah, pegawai beredar seperti biasa,” katanya.

 

Menurut SPRM, individu berkenaan hadir sendiri ke pejabat agensi itu keesokan hari untuk rakaman percakapan dan dibebaskan tanpa sebarang penahanan.

 

Suruhanjaya itu dalam masa sama mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan melalui saluran sah seperti polis atau Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM bagi memastikan dakwaan salah laku dinilai secara telus tanpa penyebaran tohmahan di media sosial.

Tags: Rafizi Ramli
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd