• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

oleh Mohd Arshad
05/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, masing-masing atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul Iskandar, 51, dan Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Chiann Cheing, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, Shamsul Iskandar sebagai ejen kerajaan iaitu Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri didakwa memperoleh suapan berjumlah RM64,924 yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Rahmalidya Buyong bagi tujuan pembayaran penyewaan sebuah rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya Kuala Lumpur daripada Albert Tei.

Suapan itu sebagai dorongan bagi membantu syarikat yang mempunyai kepentingan kepada Albert untuk mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Country Heights, Kajang, Selangor antara 28 November 2023 dan 23 September 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Albert pula didakwa memberi suapan dalam bentuk wang tunai RM64,924 kepada Shamsul Iskandar. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(b) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Ezlin Yusop Khan, memohon jaminan RM150,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh, iaitu melapor diri dua kali sebulan di pejabat SPRM terdekat serta tidak mengganggu saksi hingga kes selesai seperti ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Sementara Albert dibenar dengan jaminan RM70,000 dengan dua penjamin.

Farah Ezlin turut memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 104 Akta Mahkamah Rendah 1948 berikutan tertuduh juga didakwa dengan empat lagi pertuduhan rasuah di mahkamah berkenaan, semalam.

Ketika prosiding, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad mewakili Shamsul Iskandar tidak membantah permohonan itu.

Selain Amer Hamzah, tertuduh turut diwakili peguam Yusmadi Yusoff dan Joshua Tay.

Barisan peguam mewakili Albert turut tidak membantah permohonan itu. Mereka terdiri daripada Mahajoth Singh, Eric Paulsan dan Rajesh Nagarajan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Januari 2026.

Semalam, Shamsul Iskandar dan Albert Tei, dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka yang menghadapi empat pertuduhan rasuah sebanyak RM176,829.03, selesai membayar wang ikat jamin masing-masing sebanyak RM150,000 dan RM70,000 di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Shamsul Iskandar selesai membayar jaminan kira-kira jam 12.40 tengah hari manakala Albert pada jam 2.45 petang.

Wang ikat jamin Shamsul Iskandar dibayar oleh seorang kenalan dari Melaka dan seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala Lee Pei Ree bersama seorang rakan menjelaskan wang ikat jamin suaminya.

Empat pertuduhan dihadapi Shamsul Iskandar semalam:

* Shamsul Iskandar sebagai seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, didakwa telah secara rasuah setuju terima untuk dirinya suapan, iaitu wang tunai RM100,000.00 daripada ahli perniagaan, Albert Teoi sebagai dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.

Ia dengan membantu syarikat Albert Tei yang mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Negeri Sabah, walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta, YTL Majestic Hotel, No 5, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini, pada 24 November 2023.

* Shamsul Iskandar juga didakwa memperoleh suapan untuk dirinya sendiri, iaitu wang tunai RM40,000 daripada Albert Tei bagi tujuan sama di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini, pada 29 Januari 2024.

* Dua lagi pertuduhan, iaitu memperoleh untuk dirinya sendiri satu suapan, iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada individu sama bagi tujuan sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini, antara 7 Disember 2023 dan 31 Januari 2024 serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 26 Februari dan 5 Mac 2024.

Bagi keempat-empat tuduhan itu, Shamsul Iskandar didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Dia berdepan hukuman mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

BHonline-

Tags: Albert TeiShamsul Iskandar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap empat tuduhan memberi suapan RM176,829.03...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd