• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rais Yatim Tegur Tito Karnavian – Belajar Adab Dahulu

oleh Mohd Arshad
21/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Rais Yatim Tegur Tito Karnavian – Belajar Adab Dahulu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim, tampil menegur Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, susulan kenyataan pemimpin republik itu yang didakwa meremehkan sumbangan bantuan Malaysia kepada mangsa banjir di Aceh dan Sumatera.

Teguran tersebut disampaikan Rais Yatim dalam satu rakaman video dan sesi bual bicara yang kini tular di media sosial, apabila beliau mengingatkan Tito agar menjaga adab serta tutur kata ketika berbicara mengenai bantuan kemanusiaan, khususnya melibatkan negara jiran.

Menurut Rais Yatim, sumbangan kemanusiaan tidak wajar diukur semata-mata berdasarkan nilai kewangan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut keikhlasan dan semangat persaudaraan serantau.

“Kalau bantuan itu datang dengan niat yang baik, ia harus dihargai. Jangan bercakap seolah-olah merendahkan usaha orang lain. Belajarlah adab sebelum bercakap,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Isu ini tercetus selepas Tito Karnavian dilaporkan menyatakan bahawa bantuan kira-kira USD60,000 dari Malaysia kepada mangsa banjir di Indonesia adalah kecil berbanding keperluan sebenar, kenyataan yang kemudiannya mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Ia dilihat sebagai satu kenyataan yang sombong dan kurang ajar rakyat kedua negara.

Kenyataan Rais Yatim itu menerima sokongan luas di media sosial, dengan ramai netizen memuji pendirian tegas beliau dalam mempertahankan maruah negara serta mengingatkan kepentingan hubungan diplomatik yang berteraskan saling hormat-menghormati.

Bagaimanapun, sehingga kini belum terdapat kenyataan balas rasmi daripada Tito Karnavian atau pihak Kementerian Dalam Negeri Indonesia berhubung teguran tersebut.

Isu berkenaan dilihat terus menjadi perbincangan hangat di ruang maya, sekali gus mencerminkan sensitiviti tinggi rakyat kedua-dua negara terhadap isu bantuan kemanusiaan dan hubungan serantau.-MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/rizalhakimm_punyer_video_1766282097107.mp4
Tags: Tito Karnavian
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Indonesia Perketat Sempadan Bebas Pengaruh Pengganas

20/10/2017
0

HANOI - Pihak berkuasa Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan bersempadan dengan Filipina dan di pejabat kedutaan negara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd