• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Buat Pet-friendly Ke Pig Friendly, Itu Hak Mereka – Firdaus Wong

oleh Mohd Arshad
12/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Nak Buat Pet-friendly Ke Pig Friendly, Itu Hak Mereka – Firdaus Wong
Share on FacebookShare on Twitter

PENDAKWAH bebas terkenal, Firdaus Wong Wai Hung, mengulas isu tular mengenai sebuah pusat beli-belah yang memperkenalkan konsep pet-friendly indoor mall, yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan termasuk anjing ke dalam kawasan mall dan panggung wayang.

Dalam kenyataannya di media sosial, Firdaus menegaskan bahawa pergi ke mall bukanlah satu kewajipan, dan pengguna mempunyai kebebasan memilih lokasi membeli-belah yang mereka selesa.

“Jika polisi mall tersebut membuatkan kita tidak selesa, tak perlu mengadu dan tak perlu pergi. Mudah kan? Banyak lagi pilihan lain,” katanya dalam akaun media sosial miliknya.

Beliau turut menyifatkan polisi sesebuah syarikat mencerminkan siapa kelompok sasaran mereka, dan tidak perlu dipaksa untuk menyesuaikan diri jika tidak sehaluan dengan sensitiviti seseorang.

Firdaus turut mengingatkan supaya sensitiviti masyarakat majoriti Muslim dihormati, namun dalam masa sama mengakui bahawa pemilik mall berhak menentukan dasar operasi mereka.

“Nak buat pet-friendly ke pig friendly, itu hak mereka. Jangan dipersoal nanti tak pasal-pasal dituduh ekstrem dan rasis pula,” ujarnya dalam nada sinis.

Beliau juga menyentuh isu dahulu yang pernah mencetus kontroversi seperti dobi Muslim Only atau syarat pakaian patuh syariah, yang menurutnya sering dianggap ekstrem oleh sesetengah pihak — tetapi kini golongan sama dilihat mempertahankan polisi mall yang membenarkan anjing dibawa masuk.

Isu mall mesra haiwan ini mula hangat diperkatakan selepas beberapa gambar menunjukkan pengunjung membawa anjing ke dalam kawasan pusat beli-belah, termasuk berhampiran panggung TGV Cinemas.- MYNEWSHUB

Tags: Firdaus Wong
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara berjenaka menyeru orang ramai tidak perlu terlalu risau dengan situasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd