• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Pulai Dikecam Selepas Beri Perumpamaan ‘Merapu’ Dalam Parlimen

oleh Mohd Arshad
04/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
MP Pulai Dikecam Selepas Beri Perumpamaan ‘Merapu’ Dalam Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (MP) Pulai, Suhaizan Kaiat, mencuri perhatian di Dewan Rakyat hari ini selepas beliau menggunakan satu perumpamaan yang disifatkan ramai sebagai merapu, tidak jelas dan tidak kena dengan isu yang sedang dibahaskan.

Antara benda yang disebut Suhaizan “anak tuan haji ni saya nampak dengan ramai lelaki, suci lagi ke anak tuan haji ni?”, dan ” tahun 1985 dulu, tuan haji dulu ada anak luar nikah, anak itu ke yang terlibat dengan anak luar nikah ni,” dan lain-lain contoh yang memalukan.

Perumpamaan tersebut, yang kononnya bertujuan memudahkan pemahaman rakyat mengenai topik rumit, sebaliknya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli Dewan.

Beberapa MP dilihat tersenyum sinis, manakala ada yang menggeleng kepala kerana tidak memahami maksud analogi berkenaan.

Ada yang menjerit “contoh apa tu?”.

Video ucapan itu turut tular di media sosial, dengan netizen membanjiri ruangan komen menyifatkan perumpamaan tersebut “tiada kaitan”, “mengelirukan”, dan “membuang masa perbahasan”.

MP Pulai bagaimanapun mempertahankan penyampaiannya dan berkata beliau hanya cuba memberikan contoh mudah kepada masyarakat.

Insiden ini sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai kualiti hujah serta penggunaan analogi yang tepat dalam sidang Parlimen yang ditonton rakyat secara langsung. –MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/solisidtor_video_1764863031991.mp4
Tags: Pulai
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd