• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, February 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

oleh Mohd Arshad
21/12/2025
dalam Politik
0
‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian sama ada mahu kekal menjadi sebahagian parti komponen dalam BN, atau pihak kepimpinan tertinggi BN membuat keputusan untuk mereka.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai kedudukan MIC dalam gabungan BN walaupun mengetahui terdapat salinan surat beredar berhubung permohonan parti itu untuk diterima masuk ke dalam Perikatan Nasional (PN).

“Ertinya, mereka sudah menjadi ahli PN dan kini mereka mahu masuk semula (ke dalam BN)…Itu sebabnya saya bercakap mengenai soal kesetiaan.

“Saya ingin mengulangi, jika mereka (MIC) tidak dapat membuat keputusan (sama ada mahu bersama BN atau sebaliknya), kami akan buat keputusan.

“Kita tidak mahu pagi cakap lain, petang cakap lain, esok lain lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) ke-17 di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam BN.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dilaporkan berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN sudah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk diteliti.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan melakukan penjenamaan semula perlembagaan mereka bagi memasukkan parti di bawah ‘Friends of BN’ menjadi sebahagian parti teras dalam gabungan BN.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan itu akan dibuat secara sebulat suara apabila mendapat persetujuan 100 peratus oleh semua kepimpinan, parti dan gabungan yang berada dalam BN.

“Oleh itu, kemasukan parti Friends of BN atau dikenali sebagai ahli bersekutu BN tidak dapat dibuat bagi menentukan kelulusan permohonan sebagai ahli parti teras kepada BN disebabkan kekangan pada perlembagaan BN itu.

“BN sudah berada di persada politik tanah air selama 51 tahun kerana parti gabungan ini dibentuk secara rasminya pada 1974.

“Tiba masanya bagi saya, selepas kita mengadakan perbincangan nanti dalam Dewan Tertinggi BN, sama ada untuk melakukan penjenamaan semula atau mempunyai satu bentuk entiti berbeza daripada apa yang ada sekarang tertakluk kepada satu keputusan.

“Untuk itu, sehingga perubahan itu dilakukan, saya amat menghargai ketaatan dan kesabaran rakan pimpinan dalam Friends of BN, parti bersekutu ini untuk terus bersama-sama dengan kita,” katanya.

BHonline-

Tags: BNMICZahid Hamidi
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd