• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Dalam Beg: Mangsa Meninggal Dunia Lebih 3 Hari – Polis

oleh Mohd Arshad
20/12/2025
dalam Jenayah
0
Mayat Dalam Beg: Mangsa Meninggal Dunia Lebih 3 Hari – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat wanita yang ditanam di Kampung Batu 4 Pedas, di sini, Khamis lalu dipercayai milik keluarga kepada suspek utama.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jafaar, berkata suspek utama lelaki berusia 51 tahun itu sebelum ini bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Polis percaya rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat pada Khamis lalu adalah milik keluarga suspek utama yang ditahan di Genting Sempah, semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas mengenai pengesahan identiti mangsa, beliau berkata, pihak keluarga sudah membuat pengecaman mayat semalam, namun prosesnya sukar kerana mayat sudah mereput.

“Berdasarkan keadaan mayat, kita percaya mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada tiga hari. Buat masa ini identiti belum dikenal pasti.

“Beberapa ahli keluarga sudah memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuat pengesahan identiti. Buat masa ini polis masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata, polis masih lagi memburu beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan penemuan mayat itu dan siasatan masih giat dijalankan.

“Masih banyak siasatan yang perlu dilengkapkan. Suspek utama baru sahaja direman tujuh hari dan soal siasat akan dijalankan bagi merungkai kejadian ini.

“Mungkin dua atau tiga individu akan ditahan bagi membantu siasatan. Selain suspek, pihak kami juga sudah memanggil beberapa ahli keluarga untuk diambil keterangan,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan Genting Sempah susulan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah kosong.

Terdahulu, polis daerah Ampang meminta orang ramai memberi maklumat mengenai seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

-Berita Harian

Tags: Kes Mayat Dalam Begpolis
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Letupan Di Nilai: Polis Temui Peranti Bahan Letupan Buatan Sendiri

Letupan Di Nilai: Polis Temui Peranti Bahan Letupan Buatan Sendiri

22/12/2025
0

NILAI – Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan beberapa objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan kejadian...

Suspek Utama Kes Mayat Dalam Beg Direman 7 Hari

Suspek Utama Kes Mayat Dalam Beg Direman 7 Hari

20/12/2025
0

Seremban: Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam dekat Pedas, Rembau, Khamis lalu, direman tujuh hari....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd